Sejarah Sekolah

1966 SMK (P) Air Panas ditubuhkan. Pada ketika itu, sekolah ini menumpang di SM (P) Ampang dan dikenali sebagai  SM  Perempuan (2) Jalan Ampang. Kelas-kelas yang wujud ialah Tingkatan 1, 2 dan 3. Oleh sebab kekurangan bilik  darjah, mereka terpaksa mengendalikan 4 buah kelas lagi di SM (L) Jalan Ampang. Pengetua pada ketika itu ialah Puan Hannah Edith David
1968 Pada bulan Mac, sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di Air Panas, Setapak dan dikenali sebagai SMK (P) Air Panas. Pada masa itu, hanya terdapat 3 blok bangunan iaitu blok A, B dan C.
1969 Sebanyak 3 buah kelas Tingkatan 4 dibuka.
1970 Kelas Tingkatan 5 dibuka. Calon MCE mula menduduki peperiksaan.
1974 Kementerian Pendidikan telah menghantar beberapa orang pelajar cacat penglihatan dari Sekolah Menengah Kanak-Kanak Buta di Jalan Genting Klang ke sekolah ini.
1975 Pada  15 Julai 1975, sekolah ini dibuka secara rasminya oleh En. Chan Siang Sum JSM, J.P, PJK, Timbalan Menteri Pendidikan pada masa itu.
1980 Pengetua Puan G. Rajendran mula bertugas di sekolah ini.
1981 Menjadi Sekolah terbersih Zon Keramat dan tempat kedua terbersih kantin di Wilayah Persekutuan.
1983 Satu bangunan dibina secara kilat iaitu Blok E.
1984 Puan Ramlah bt Hussien bertugas sebagai Pengetua.
1988 Pn. Hjh Robeahtun Dato’ Ahmad Damanhuri dilantik sebagai Pengetua.
1989 Blok Bengkel Kemahiran Hidup dibina.
1990 Pn. Hamisah bt. Jaafar bertugas sebagai Pengetua.
1992 Cik Hoo Nyok Yin Sebagai Pengetua keenam.
1993 Sebuah bangunan baru iaitu Blok D siap dibina dan dirasmikan oleh Dato Dr. Sulaiman bin Mohamed (Timb. Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada masa itu).
 1995 Bilik Resos dibina khas untuk pelajar cacat penglihatan.
1996 Perasmian Bilik Makmal Matematik, Bilik Media dan Bilik SAL oleh Pengarah Pendidikan JPWP, Tn. Hj. Md. Zin bin Ishak.
 Mac 1998 Pn. Noor Rezan bt Bapoo Hashim dilantik sebagai Pengetua.
Jun 1998 Pn. Hjh Mishah bt Hussein mula bertugas sebagai Pengetua.
1998 Pejabat Sekolah, Pejabat Pengetua, Pejabat Penolong-Penolong Kanan dan Bilik Gurutelah dibaik pulih. Bilik Guru Kanan & Panitia dibina. Tempat letak kereta diperluas dan bilik Akses Kendiri Bahasa Melayu telah dirasmikan oleh Dr. Wan Fatimah bt. Wan Mohamad, Ketua Sektor Pengurusan Kurikulum JPWP.
2000 Sekolah mendapat Johan dalam Pertandingan 3K ( Kebersihan, Keselamatan dan Keceriaan) peringkat negeri.Bilik Kaunseling, Bilik Seni Lukis dan Surau Lelaki telah dibuka.
2001 Bilik Baitul Hikmah, Bilik Muafakat dan Bilik Pengurusan dibuka. Sekotelah berubahlah wajah dengan wujudnya beberapa taman mini yang berkonsepkan Sains dan Teknologi.Sekolah telah mendapat Tempat ke-5 dalam Pertandingan 3K peringkat kebangsaan.
2002 *Bilik Sumber Sains & Matematik, Bilik ICT, Bilik Sains Sosial, Makmal mata pelajaran Vokasional dibuka dan gelanggang Bola Keranjang telah dibaik pulih.*Satu Kelas Tingkatan 6 Rendah Sains dibuka dan Makmal Komputer dibina di tapak gelanggang Bola Tampar.

*Perhimpunan dikendalikan dalam bahasa Inggerispada  setiap hari Rabu.

*Sekolah terpilih untuk program Sekolah Selamat.

*Sekolah dicalonkan sebagai Sekolah Cemerlang Public Bank oleh JPWP.

*Johan Pertandingan Sekolah Harapan kategori sekolah menengah Wilayah Persekutuan dan tempat keempat peringkat kebangsaan.

*Lawatan sambil belajar oleh 120 pelajar dan guru-guru dari Jepun.

 

2003 *Makmal Komputer mula beroperasi dan bilik-bilik khas iaitu Bilik Matematik, Bilik SAC dan bilik PAK BM dipindahkan ke tingkat 2 blok D dan nama bilik PAK BM ditukar kepada Pustaka Zaa’ba.* Sekolah memulakan program Polisi Sekolah Selamat dan mendapat kerjasama masyarakat setempat.

* Pusat Sumber Sekolah dinaik taraf dengan memperkenalkan Sistem Automasi dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia, En. Yaacob Wan Ibrahim, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.

* SMKPAP secara tidak langsung mendapat penghormatan dengan Pelantikan Pn. Mishah bt Husin sebagai  Pengetua Kanan.

2004 *Kafe Rias di bawah Panitia MPV dirasmikan oleh Pn. Hjh. Mishah Husin, Pengetua Kanan.* Pasukan Bola Baling SMKPAP mencipta nama setelah Pasukan Bawah 18 muncul Johan Zon Keramat dan pasukan bawah 15, Naib  Johan Zon Keramat. 3 orang murid SMKPAP menjadi Johan Anugerah Kualiti Kewangan Wilayah Persekutuan 2004.
2005 *SMKPAP muncul sebagai Johan Pertandingan Bengkel Kemahiran Hidup Sekolah-Sekolah Menengah Wilayah Persekutuan.*SMKPAP berjaya menjadi Naib Johan Pertandingan Makmal Sains Sekolah-Sekolah Menengah Wilayah Persekutuan.
2006 *SMKPAP telah muncul sebagai Johan Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran Peringkat Wilayah Persekutuan dan Calon Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan peringkat Kebangsaan .* Datin Hjh Esah bt Hj Kechik dilantik sebagai  Pengetua yang ke –9.
2007 *Johan Pidato Lembaga Hasil dalam negeri Pra-Universiti peringkat negeri (Taha Zuwairiah bt. Abd. Raheem)* Tempat keempat Pertandingan Kuiz komoditi berpasukan peringkat kebangsaan.

* Siti Norashikin Bt Ahruman menjadi naib Johan Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat negeri.

2008 Pn. Hasnah bt dilantik sebagai  Pengetua ke-10.
2009 Pn. Kamariah @ Che Seah bt Che Abdul Rahman dilantik sebagai Pengetua.
2010 *25 orang pelajar PMR yang mendapat semua A telah  diraikan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa.*Tung Yu Feng Johan Pertandingan Melukis Poster dalam  Karnival Kerjaya Peringkat Zon Keramat.

Tung Yu Zhen & Lim Wei Ping menjadi naib johan dalam Pertandingan Reka Bentuk Grafik dalam Karnival Kerjaya Peringkat zon Keramat.

2011 *Nama kelas bagi tingkatan 4 & 5 ditukar Alfa, Beta, Delta, Omega, Theta KP & Theta RJP
2012 *Berpindah secara rasmi ke bangunan baru pada 13 Januari 2012*Pelaksanaan sekolah satu sesi dijalankan pada 20 Februari 2012

*16 April, Pn. Kamariah @ Che Seah bt Che Abdul Rahman dinaikkan pangkat dan bertukar ke Sekolah Seri Bintang Utara dan Pn. NorRizan bt Bahari dilantik sebagai Pengetua SMKPAP yang baru.

2013                               Akan datang,sila bersabar.