Home » Kata Aluan Pengetua

Masa Sekarang

Waktu Pejabat

Alamat Sekolah
SMK (P) AIR PANAS
Jalan Air Panas
Setapak,53200,Kuala Lumpur

Tel: +603-40234886
Fax: +603-40246588

e-mel: web0208@moe.edu.my

Waktu berurusan :
(Pejabat)
Isnin - Khamis
8.00 am - 1.00 pm
2.00 pm - 5.00 pm
Jumaat
8.00 am - 12.00 pm
2.45 am - 5.00 pm

WEBMAIL SMKPAP

WEBMAIL SMKPAP

Galeri SMKPAP

Galeri SMKPAP

Unit ICT SMKPAP

Unit ICT SMKPAP

Kalendar Sekolah

July 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Jumlah Pelawat

PENGETAHUAN PENYULUH HIDUP

Recent Comments

    Lorem ipsum dolor sit amet, mattis consectetuer adipiscing suspendisse et justo. Praesent mattis ugue.

    Kata Aluan Pengetua

    Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh.

    Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, saya diberi kesempatan dan kekuatan untuk bertemu tuan-tuan dan puan-puan secara maya dalam Laman Web  SMKPAP.

    Tahniah dan syabas diucapkan kerana berjaya menghidupkan kembali Laman Web  SMKPAP yang sebelum ini pernah menjadi wadah komunikasi warga sekolah dengan warga masyarakat. Kewujudan medium bersemuka secara maya seperti Facebook, Instagram dan Twitter menyebabkan aksesibiliti melalui laman web mula ketinggalan.  Kesungguhan dan komitmen yang tinggi ahli yang terlibat berjaya mempamerkan kesungguhan dalam merealisasikan hasrat sekolah untuk mengekalkan laman web SMKPAP sebagai lidah rasmi sekolah dengan masyarakat.

    SMKPAP akan sentiasa mempunyai matlamat untuk memastikan semua pelajar sekolah ini dibimbing dan dibina jati diri yang seimbang selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar mereka mampu menempa nama di persada negara kelas. Warga sekolah akan sentiasa mendukung semua aspirasi pendidikan negara, dan penggemblengan tenaga dan usaha daripada warga sekolah amat diharapkan supaya dapat menguasai ilmu untuk menghasilkan pendidikan berkualiti demi meningkatkan kecemerlangan akademik melalui pengurusan sekolah yang cekap dan efisien.

    Cabaran dunia pendidikan tanpa sempadan hari ini menyaksikan segala-galanya harus bergerak pantas, cekap dan efisien dalam menggerakkan jentera pendidikan negara. Maka, demi memenuhi tuntutan amanah besar ini, usaha yang gigih dan pengorbanan yang tinggi adalah dituntut daripada setiap warga sekolah. Ianya menuntut iltizam yang tinggi bagi membentuk budaya kerja yang cemerlang dan jelas. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, saling melengkapi bekerja dalam harmoni demi anak bangsa yang akan menjunjung warisan bangsa pada masa depan ini.

    Akhir kata, saya menyeru semua pihak iaitu ibu bapa, alumni APGS, komuniti setempat dan rakyat Malaysia amnya, agar sentiasa menyokong dan membantu pihak sekolah dalam usaha murni mendidik anak-anak SMKPAP.

    Sama-samalah kita menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh keikhlasan agar keberkatan bekerja itu sentiasa menjadi milik kita.

    Sekian. Wassalam