Kepada semua calon SPM 2021
Selamat menduduki SPM 2021 (02 Mac 2022 – 29 Mac 2022). Lakukan yang terbaik! Semoga kejayaan milik anda semua.

PROGRAM MUNAJAT DAN MOTIVASI UNTUK CALON SPM 2021
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG SMK (P) Air Panas ingin menjemput semua warga sekolah, ibu bapa dan keluarga untuk bersama-sama menyertai:PROGRAM MUNAJAT DAN MOTIVASI UNTUK CALON SPM 2021
Tarikh: 19 Februari 2022
Hari: Sabtu
Masa: 11.00 pagi – 12.30 tengah har
Moderator: Cikgu Saiful Adha bin Ahmad Shukri
Aturcara program:
– Ucapan pengerusi majlis
– Ucapan YDP PIBG SMKPAP
– Ucapan perasmian oleh pengetua SMKPAP
– Bacaan Yasin dan doa
– Motivasi
– Bersurai
Secara langsung melalui pautan Google Meet: https://meet.google.com/dif-upux-exs

Kepada semua calon SPM 2021
Selamat menduduki :-
UJIAN AMALI SAINS
– 15 Februari 2022
UJIAN MENDENGAR BAHASA MELAYU & BAHASA INGGERIS
– 21 Februari 2022
UJIAN BERTUTUR BAHASA INGGERIS
– 22-24 Februari 2022

Pembukaan sekolah penggal ketiga 2021/2022
Pembukaan sekolah penggal ketiga 2021/2022 bermula pada 10 Januari 2022.
Murid yang hadir tanpa penggiliran adalah murid tingkatan Peralihan, 4 dan 5.
Murid yang hadir mengikut penggiliran dimulai dengan kumpulan A adalah murid tingkatan 1, 2 dan 3.
Selamat kembali ke sekolah.
Hari Penghargaan Kemenjadian Murid
Assalamuaikum dan selamat sejahtera.
Setiap tahun, sekolah mengadakan Hari Penghargaan Kemenjadian Murid bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid yang cemerlang dalam kurikulum, sahsiah dan koakademik.
Selaras dengan norma baharu, ini merupakan kali kedua pihak sekolah mengadakan Majlis Penghargaan Kemenjadian Murid secara maya.
SMK (P) Air Panas dengan bangganya mempersembahkan Majlis Penghargaan Kemenjadian Murid Tahun 2021.(klik pada pautan di bawah)
https://www.youtube.com/watch?v=q7m7Uxbj9hc
Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.
Selamat Menyambut Hari Deepavali
Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua yang merayakannya, walau di mana sahaja berada. Eratkanlah ikatan yang harmoni dan mesra walaupun dalam situasi kehidupan norma baharu.

PROGRAM HARI E-BINCANG AKADEMIK 2021
Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan murid dari Kelas Peralihan hingga Tingkatan 5 yang telah menjayakan PROGRAM HARI E-BINCANG AKADEMIK seperti berikut:
Tarikh: 30 Oktober 2021
Hari: Sabtu Masa: 8.30 – 11.30 Pagi
Aplikasi: Google Classroom Anak Masing-Masing

Program Gerobok Rezeki SMK (P) Air Panas
Program Gerobok Rezeki SMK (P) Air Panas adalah satu usaha murni pihak sekolah untuk membantu murid-murid SMK (P) Air Panas yang memerlukan bantuan asas dapur. Murid-murid hanya perlu mengisi Google Form yang diwar-warkan oleh guru tingkatan bagi memudahkan barisan pelaksana memproses nama-nama penerima. Pihak sekolah telah mengadakan dua siri pengagihan Program Gerobok Rezeki iaitu pada 17 Julai 2021 dan 27 Ogos 2021. Sumbangan yang sangat menggalakkan daripada warga sekolah dan individu merupakan indikator kejayaan Program Gerobok Rezeki.Barisan pelaksana turut memastikan semua penerima dan penyumbang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelak kemungkinan penularan Covid-19 sewaktu program bantuan dijalankan.Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kewangan amat dialu-alukan bagi membolehkan lebih banyak keluarga mendapat faedah dan manfaat daripada program ini. Sumbangan untuk Program Gerobok Rezeki boleh disalurkan melalui akaun :
Nama: PIBG SEK MEN KEB (P) AIR PANAS
No akaun: 076-202-200194-6
Bank: AmBank
Ref: Gerobok Rezeki

Recent Comments