Home » Uncategorized
Category Archives: Uncategorized
Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-54 SMK (P) Air Panas
Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-54 SMK (P) Air Panas telah diadakan pada 22 Julai 2022 bertempat di MSN Setiawangsa.
Kejohanan kali ini merupakan yang pertama kali nya diadakan setelah 2 tahun ditangguhkan kerana Malaysia berdepan dengan pandemik Covid-19.
Segala persiapan dan persediaan telah diadakan oleh guru-guru dan murid-murid hampir sebulan awal. Semuanya sangat bersemangat kerana sudah lama kita tidak mengadakan hari sukan.
Tahniah kepada semua pemenang dan tahniah kepada semua rumah sukan; Bunga Kenanga, Bunga Matahari, Bunga Raya dan Bunga Telang kerana masing-masing telah mempamerkan semangat kesukanan yang amat hebat. Menang atau kalah adalah adat pertandingan, yang paling penting ialah kerjasama antara pasukan dan usaha yang bersungguh-sungguh yang diberikan untuk memastikan rumah sukan masing-masing mendapat yang terbaik.
Tahniah sekali lagi! Anda semua memang hebat!


Majlis Penetapan Target bagi semua calon SPM 2022
Majlis Penetapan Target bagi semua calon SPM 2022 telah diadakan pada 1 Julai 2022. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran ibu bapa bagi calon-calon SPM 2022.
Pada hari tersebut calon-calon SPM 2022 menetapkan target mereka sendiri untuk SPM 2022 dan berikrar dihadapan ibu bapa masing-masing untuk berusaha bersunguh-sungguh bagi mencapai target yang telah ditetapkan.
Program Kecemerlangan SPM 2022
Program Kecemerlangan SPM 2022 telah dirasmikan oleh Pn Norsham bt Noordin A.A.P, Pengetua Cemerlang, SMK (P) Air Panas pada 4 Julai 2022.
Bertemakan “Kejayaan Milik Kita Bersama”, SMK (P) Air Panas telah menyediakan berbagai program kecemerlangan khas untuk semua calon SPM 2022. Antara program yang akan diadakan ialah Kelas Tambahan Berfokus (KTB), Program Teknik Menjawab SPM, Program Peningkatan Panitia, Program Guru Subjek dan banyak lagi.
Diharapkan semua calon SPM 2022 dapat memanfaatkan program-program ini dengan sebaik mungkin.

Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi
Pada tanggal 30 Jun 2022, Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi telah diadakan sempena persaraan Pn Rosmiza bt Ab Hamid dan perpisahan En Muhammad Farid bin Yusoff dan Pn Rozeta bt Adnan.
Majlis yang dilansungkan secara sederhana ini turut memberi peluang kepada murid-murid untuk mempersembahkan bakat mereka khusus untuk guru-guru yang diraikan.
Semoga kenangan sepanjang majlis terpahat kukuh dalam ingatan Pn Rosmiza, En Farid dan Pn Rozeta. Simpanlah memori indah ketika di SMK (P) Air Panas dan kenanglah hingga akhir hayat.

Minggu Teknik dan Vokasional 2022
Pada 13 Jun 2022 hingga 17 Jun 2022, SMK (P) Air Panas telah mengadakan Minggu Teknik dan Vokasional yang bertemakan “Kemahiran Menjana Pendapatan”. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang minggu bagi memberi pendedahan tentang kemahiran yang telah dipelajari oleh murid. Antara aktivti yang diadakan ialah Pertandingan Membuat Vietnam Roll, Jualan Keusahawanan, Pertandingan Membuat Donut Cantik dan Pertandingan Menghasilkan Beg Bunjut Serbaguna.

Minggu Bahasa 2022
Minggu Bahasa telah diadakan pada 30 Mei 2022 hingga 3 Jun 2022 di SMK (P) Air Panas. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang minggu tersebut antaranya ialah Pertandingan Bercerita, Pertandingan Lagu Rakyat, Pertandingan Mendeklamasi Sajak, Constructing Sentences, Guessing Games, Fun with Idioms, Journalism dan macam-macam lagi.

Merentas Desa 2022
Pada 27 Mei 2022 SMK (P) Air Panas akan mengadakan acara Merentas Desa yang akan dirasmikan oleh YDP PIBG SMK (P) Air Panas En. Azmi bin Jaafar.
Semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh semua warga SMK (P) Air Panas amatlah membanggakan. Setelah 2 tahun tidak beraksi di arena sukan, murid-murid SMK (P) Air Panas masing-masing berlumba-lumba untuk menunjukkan kebolehan mereka dalam acara ini.
Kepada semua calon SPM 2021
Selamat menduduki SPM 2021 (02 Mac 2022 – 29 Mac 2022). Lakukan yang terbaik! Semoga kejayaan milik anda semua.

Recent Comments