PROGRAM HARI E-BINCANG AKADEMIK 2021
Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan murid dari Kelas Peralihan hingga Tingkatan 5 yang telah menjayakan PROGRAM HARI E-BINCANG AKADEMIK seperti berikut:
Tarikh: 30 Oktober 2021
Hari: Sabtu Masa: 8.30 – 11.30 Pagi
Aplikasi: Google Classroom Anak Masing-Masing

Program Gerobok Rezeki SMK (P) Air Panas
Program Gerobok Rezeki SMK (P) Air Panas adalah satu usaha murni pihak sekolah untuk membantu murid-murid SMK (P) Air Panas yang memerlukan bantuan asas dapur. Murid-murid hanya perlu mengisi Google Form yang diwar-warkan oleh guru tingkatan bagi memudahkan barisan pelaksana memproses nama-nama penerima. Pihak sekolah telah mengadakan dua siri pengagihan Program Gerobok Rezeki iaitu pada 17 Julai 2021 dan 27 Ogos 2021. Sumbangan yang sangat menggalakkan daripada warga sekolah dan individu merupakan indikator kejayaan Program Gerobok Rezeki.Barisan pelaksana turut memastikan semua penerima dan penyumbang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelak kemungkinan penularan Covid-19 sewaktu program bantuan dijalankan.Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kewangan amat dialu-alukan bagi membolehkan lebih banyak keluarga mendapat faedah dan manfaat daripada program ini. Sumbangan untuk Program Gerobok Rezeki boleh disalurkan melalui akaun :
Nama: PIBG SEK MEN KEB (P) AIR PANAS
No akaun: 076-202-200194-6
Bank: AmBank
Ref: Gerobok Rezeki

Recent Comments