1966 | SMK (P) Air Panas ditubuhkan. Pada ketika itu, sekolah ini menumpang di SM (P) Ampang dan dikenali sebagai SM Perempuan (2) Jalan Ampang. Kelas-kelas yang wujud ialah Tingkatan 1, 2 dan 3. Oleh sebab kekurangan bilik darjah, mereka terpaksa mengendalikan 4 buah kelas lagi di SM (L) Jalan Ampang. Pengetua pada ketika itu ialah Puan Hannah Edith David |
1968 | Pada bulan Mac, sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di Air Panas, Setapak dan dikenali sebagai SMK (P) Air Panas. Pada masa itu, hanya terdapat 3 blok bangunan iaitu blok A, B dan C. |
1969 | Sebanyak 3 buah kelas Tingkatan 4 dibuka. |
1970 | Kelas Tingkatan 5 dibuka. Calon MCE mula menduduki peperiksaan. |
1974 | Kementerian Pendidikan telah menghantar beberapa orang pelajar cacat penglihatan dari Sekolah Menengah Kanak-Kanak Buta di Jalan Genting Klang ke sekolah ini. |
1975 | Pada 15 Julai 1975, sekolah ini dibuka secara rasminya oleh En. Chan Siang Sum JSM, J.P, PJK, Timbalan Menteri Pendidikan pada masa itu. |
1980 | Pengetua Puan G. Rajendran mula bertugas di sekolah ini. |
1981 | Menjadi Sekolah terbersih Zon Keramat dan tempat kedua terbersih kantin di Wilayah Persekutuan. |
1983 | Satu bangunan dibina secara kilat iaitu Blok E. |
1984 | Puan Ramlah bt Hussien bertugas sebagai Pengetua. |
1988 | Pn. Hjh Robeahtun Dato’ Ahmad Damanhuri dilantik sebagai Pengetua. |
1989 | Blok Bengkel Kemahiran Hidup dibina. |
1990 | Pn. Hamisah bt. Jaafar bertugas sebagai Pengetua. |
1992 | Cik Hoo Nyok Yin Sebagai Pengetua keenam. |
1993 | Sebuah bangunan baru iaitu Blok D siap dibina dan dirasmikan oleh Dato Dr. Sulaiman bin Mohamed (Timb. Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada masa itu). |
1995 | Bilik Resos dibina khas untuk pelajar cacat penglihatan. |
1996 | Perasmian Bilik Makmal Matematik, Bilik Media dan Bilik SAL oleh Pengarah Pendidikan JPWP, Tn. Hj. Md. Zin bin Ishak. |
Mac 1998 | Pn. Noor Rezan bt Bapoo Hashim dilantik sebagai Pengetua. |
Jun 1998 | Pn. Hjh Mishah bt Hussein mula bertugas sebagai Pengetua. |
1998 | Pejabat Sekolah, Pejabat Pengetua, Pejabat Penolong-Penolong Kanan dan Bilik Gurutelah dibaik pulih. Bilik Guru Kanan & Panitia dibina. Tempat letak kereta diperluas dan bilik Akses Kendiri Bahasa Melayu telah dirasmikan oleh Dr. Wan Fatimah bt. Wan Mohamad, Ketua Sektor Pengurusan Kurikulum JPWP. |
2000 | Sekolah mendapat Johan dalam Pertandingan 3K ( Kebersihan, Keselamatan dan Keceriaan) peringkat negeri.Bilik Kaunseling, Bilik Seni Lukis dan Surau Lelaki telah dibuka. |
2001 | Bilik Baitul Hikmah, Bilik Muafakat dan Bilik Pengurusan dibuka. Sekotelah berubahlah wajah dengan wujudnya beberapa taman mini yang berkonsepkan Sains dan Teknologi.Sekolah telah mendapat Tempat ke-5 dalam Pertandingan 3K peringkat kebangsaan. |
2002 | *Bilik Sumber Sains & Matematik, Bilik ICT, Bilik Sains Sosial, Makmal mata pelajaran Vokasional dibuka dan gelanggang Bola Keranjang telah dibaik pulih.*Satu Kelas Tingkatan 6 Rendah Sains dibuka dan Makmal Komputer dibina di tapak gelanggang Bola Tampar.
*Perhimpunan dikendalikan dalam bahasa Inggerispada setiap hari Rabu. *Sekolah terpilih untuk program Sekolah Selamat. *Sekolah dicalonkan sebagai Sekolah Cemerlang Public Bank oleh JPWP. *Johan Pertandingan Sekolah Harapan kategori sekolah menengah Wilayah Persekutuan dan tempat keempat peringkat kebangsaan. *Lawatan sambil belajar oleh 120 pelajar dan guru-guru dari Jepun.
|
2003 | *Makmal Komputer mula beroperasi dan bilik-bilik khas iaitu Bilik Matematik, Bilik SAC dan bilik PAK BM dipindahkan ke tingkat 2 blok D dan nama bilik PAK BM ditukar kepada Pustaka Zaa’ba.* Sekolah memulakan program Polisi Sekolah Selamat dan mendapat kerjasama masyarakat setempat.
* Pusat Sumber Sekolah dinaik taraf dengan memperkenalkan Sistem Automasi dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia, En. Yaacob Wan Ibrahim, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. * SMKPAP secara tidak langsung mendapat penghormatan dengan Pelantikan Pn. Mishah bt Husin sebagai Pengetua Kanan. |
2004 | *Kafe Rias di bawah Panitia MPV dirasmikan oleh Pn. Hjh. Mishah Husin, Pengetua Kanan.* Pasukan Bola Baling SMKPAP mencipta nama setelah Pasukan Bawah 18 muncul Johan Zon Keramat dan pasukan bawah 15, Naib Johan Zon Keramat. 3 orang murid SMKPAP menjadi Johan Anugerah Kualiti Kewangan Wilayah Persekutuan 2004. |
2005 | *SMKPAP muncul sebagai Johan Pertandingan Bengkel Kemahiran Hidup Sekolah-Sekolah Menengah Wilayah Persekutuan.*SMKPAP berjaya menjadi Naib Johan Pertandingan Makmal Sains Sekolah-Sekolah Menengah Wilayah Persekutuan. |
2006 | *SMKPAP telah muncul sebagai Johan Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran Peringkat Wilayah Persekutuan dan Calon Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan peringkat Kebangsaan .* Datin Hjh Esah bt Hj Kechik dilantik sebagai Pengetua yang ke –9. |
2007 | *Johan Pidato Lembaga Hasil dalam negeri Pra-Universiti peringkat negeri (Taha Zuwairiah bt. Abd. Raheem)* Tempat keempat Pertandingan Kuiz komoditi berpasukan peringkat kebangsaan.
* Siti Norashikin Bt Ahruman menjadi naib Johan Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat negeri. |
2008 | Pn. Hasnah bt dilantik sebagai Pengetua ke-10. |
2009 | Pn. Kamariah @ Che Seah bt Che Abdul Rahman dilantik sebagai Pengetua. |
2010 | *25 orang pelajar PMR yang mendapat semua A telah diraikan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa.*Tung Yu Feng Johan Pertandingan Melukis Poster dalam Karnival Kerjaya Peringkat Zon Keramat.
Tung Yu Zhen & Lim Wei Ping menjadi naib johan dalam Pertandingan Reka Bentuk Grafik dalam Karnival Kerjaya Peringkat zon Keramat. |
2011 | *Nama kelas bagi tingkatan 4 & 5 ditukar Alfa, Beta, Delta, Omega, Theta KP & Theta RJP |
2012 | *Berpindah secara rasmi ke bangunan baru pada 13 Januari 2012*Pelaksanaan sekolah satu sesi dijalankan pada 20 Februari 2012
*16 April, Pn. Kamariah @ Che Seah bt Che Abdul Rahman dinaikkan pangkat dan bertukar ke Sekolah Seri Bintang Utara dan Pn. NorRizan bt Bahari dilantik sebagai Pengetua SMKPAP yang baru. |
2013 Akan datang,sila bersabar.
Recent Comments